Wednesday, October 13, 2010

Aku yang kesakitan perot...

uwaaaaaa...tetiba sakit perut memulas2 nehhh. Kenapakah???cetttt..lagi mau tanya kan??tadikan aku g makan keni rojes. Tu laaaa..mintak la yg original, ni g order black paper pnye sape suruh...hahaha..biar la..dh tu jeh yg aku suka..gituh...dah la siap oder dengan mango juice lagik, bertambah azab la nampaknyaaa...


adehhhhh...memulas-mulas....




tahan pedih....








jap2 lagik okeh la nehhh....









TAPIKANNNNN...
tadi aku jumpa sesuatu...sesuatu???ye la sesuatu..bukan seseorang ok..
tp ini adalah sesuatu yg seseorang yg empunya...hahaha...apakah????
biarlah resia..xleh bongkar kat sini okeh...habis resia yang aku simpan rapi ni nanti..kekekekke

Yang aku boleh bagi tau cuma, kenampakan aku pada sesuatu itu menghilangkan sebentar sakit perut aku ni tadi..motipppp???ye la...sebab aku rasa seronok, bukan main lama aku mencari, akhirnya aku nampak tadi..ada hikmah g makan keni rojes..wakakaka..

okehhh.nak buat kije jap...nanti ada time aku jengah lagik...:P

Tuesday, October 12, 2010

BERTABAH OJA!!!!

Apa perasaan aku skrg nehhh!!

marahhhhhhh!!!

sakit hati!!!!!

menyampahhhh!!!!!!

benciiiii!!!!!!

semua ada laaaaaaa....

X boleh ke tanya dulu sebelum tuduh aku itu ini!!!

Meluat la pe'el manusia macam nehhhh!!!

Tension tetibaaa...mood aku molek2...jadi cm neh dh..

biol la seko2...


mode:marah sambil senyommmmm...hehehehe

Apa nehhhh!!!

uwaaaaaaaaaa...aku dh type panjang2...berjela2, sekali x leh post lakkk...mencik ahhhh...

meh nak pendekkan citer..

Open house 1: Umah aku
Menu : Nasi ayam, kekbatik, popia goreng
Kedatangan : Bebudak porum

Open house 2: Umah aku lagik..
Menu : Nasi dagang, bihun soto, puding
Kedatangan : Bebudak Opis

Open house 3: Umah org itu, org ini..
Menu: Macam2 okeh..makan sampai pingsannn!!

dahhh!!!malas dah cter...td aku dah type panjang, hilang cm tuh jehh..ngokkkkk!!

tataaaa...

Thursday, September 30, 2010

Nak tulis apakah ini???

fuhhh...fuhhh!! Berhabok ok blog aku neh!!selalu jeh teringin nak hapdet, tapi penyakit malas menguasai diri haku yang malas neh. Hahaha...cepat oja!! mau cerita apa ini??haha..meh la nak tulis pasal puasa, hari raya, open house bla bla bla. cetttttt!!

PUASA
Motip sangat nak bercerita pasal puasa yang dah lepas. Raya pun dah nak habis sebulan ok. Tapi aku nak cerita gak la. Puasa kali ni amat bermakna bagi aku. YERRR. Aku dapat meneruskan aktiviti diet aku untuk turn lagi banyak KGs. Gitew! Ye la, dah start dari bulan 7 hari tu lagi. Xde pun aku kasi tau sesapa yang aku diet. Yang aku tau, aku berbuka memang x tambah nasi. Sahur seingat aku cuma 2 kali jeh aku bangun. Sekali sekala nak merasa suasana bersahur gitu. Tapi sahur sunat ok. Aku memang akan bangun walau minum air masak sahaja. Nak cover baik punya aku akan habis kan 1L masa sahur jeh. SEBABBB. aku dah biasa amek at least 2L sehari. So aku xnak skip benda yang aku biasa buat tu. Larat x larat memang aku akan minum la time sahur tuh. Pepandai la khen, kunci jam kul 5 pagi, bangun minum air, next alarm minum lagi, minum lagi n lagi. Begitu la tetiap hari. Aku x mau hidrate badan aku ni. Kalau terlebih rajin aku celik la mata aku sikit2 sumbat kurma dalam mulut. Tu dalam sedar atau x sedar ok. kekekeke..Tapi memang best la leh tahan lapar. Best..So begitu la sampai habis ramadhan..OPPPSSSS..tunggggguuuuu..tapi kannn, aku balik kampung semua itu agak hancus ok..hahaha. Berbuka siap bertambah. Bangun sahur sekali je x silap. TAPIIII yang seronok, 4 hari sebelum raya aku berjaya turun 5KGs ok. Terharu. Sebak. Gembira. Suka. Semua ada. Diet aku kira berjaya. hehehe. DAHHH!! Sambong citer lain plak...

RAYA
Miahahahahhaha...Raya besttttt...SEBABBB..Baju raya yang aku hantar seawal Mei, bila sarung kat badan sangat longgar ok. Mak aku dh risau, sebab masa aku sarung bulan 6 hari tu dia kata nampak cam ketat. Wakakakka... Pastu aku pakai aku tayang kat mak aku. "mak, tengok neh! longgar ok"..kekekeke..ternganga dia tengok aku..sebab baju tu memang jadi longgar habis..segala burger malaysia, burger mekdi, x nampak sangat macam dulu2 tuh..hahaha..ada lagi sehelai baju g hantar balik kat tailor tuh suh olter kecikkan sikit. YAYYYYY!! aku hepi ok. At least aku berjaya turunkan sikit. Dan lebih penting, aku jaga kesihatan jugak!

Jaga kesihatan?????
Yerrr!!aku memang elakkan ais, air manis2, air bergas, makan pulan aku masak makanan sendiri kat rumah je. Kalau beli pun kadang2 jeh. So kat situ dah boleh control benda2 bahan perasa or masin or oily. DAN LAGI SATUUU!! aku jugak kurang kan semua jenis makanan separuh siap neh. Daging berger, nuget, segala bebola, sosej2 dan macam2 la. Nehhh!! Sebab apa aku avoid mende2 neh. Hari tu pernah sekali, akak hosmet aku masak daging berger atas frying pan. Pastu x lama pas tu aku nampak ada benda putih. Boleh dapat dalam 2 sudu gitu. MasyaAllah, tu lemak dari daging berger tuh ok. Imejin kalau kita makan and lemak yang macam tu masuk dalam badan kita..:nanges: Rasa x sanggup ok..adoiiii...ni lak pasal Fast food, hishhh..bila dikenang ada rasa bersalah jeh nak makan berger2 ni..:nanges: Tapi kalau aku nak makan pun setakat lepas gian boleh la. kekeke

fuhh..sekali berjela lak aku moyan..hahaha..lantakkkkkk!!kekek

LAGI PASAL RAYA
Nak cerita pasal raya aku x sanggup ni..kekekeke..kenapa???Sebab tah kenapa raya tahun ni aku boleh jadi gila pada lemang. Xtau kenapa. Sebab setiap kali raya aku jarang ya amat usik lemang neh. haha..Apakah kerna lemang long zizoh tu sgt sedap? Atau apakah rendang daging itam yang mak aku buat tu sedap? Atau apakah selera aku pada rendang padang ayam yang mak aku buat tu best??omg..xtau nak kata..hahaha..yang penting raya pertama memang aku pulun makan semua..yang penting aku pulun lemang ok. Rumah sedara mara yang aku pergi pun aku makan lemang. Hahahaha. sampai ke malam aku melantak jeh. Nasi??raya pertama kali ni aku makan sikit jeh nasi. Tu pun lepas balik dr kubur kekdahnya. Kebulur ok. HAHAHAHAHA..

Setelah kepenatan melantak di hari raya pertama, macam dirancang, aku bereksesais kat umah pada raya kedua. Dari pagi sampai malam ok. Aku sorg jeh ok. Adik2 aku g beraya. Akak aku lak time kawan dia mai dia x sempat tolong aku. uwaaaaaaaaaaaaaa...:nanges sesangat. Semua2 pun aku buat. Orang lak ramai x putus2. Badan aku penat sgt. Tapi nak buat macam mana khennn??hahaha..nak jadi cerita..malam tu membawak ke esok lusa aku demam..uwaaaaaaa...sabar jeh la..

Raya ke 4, demam ala2 on off time to balik kampung. Secara beramai2. Semua ada. Abg adik akak ipar anak sedara..semua la..Satu lagi neh! Mula2 kuar pepagi balik Kuala Lipis dulu. Then tengahari balik Raub plak..Adehhhh..aku dh lemau..dgn badan nak seram sejuk baliknya..hahaha...padan muka aku la kan..

aku cuti 2 minggu..lepas raya ke 4 aku dok terperuk je kat umah. X g mana2 pun. Beraya ngn kawan??????tahun ni aku lone ranger...jangan tanya kenapa..malas nak pikir..

Penat ahhh!!next entry citer pasal umah terbuka lakkk..kwkekekeke

Monday, August 30, 2010

HaRi uLangTahUn yG mUngKin tIdaK beErTi

Ayah,
Tak serasa di hati akan mengecap bahagia
pada 1 September ini
Tak terfikir juga orang mengingati hari ulangtahun ini

Ayah,
Ain dah xde rasa apa-apa
sehingga hati ini
Serasa mahu mengunjungimu
mengubat rindu hati

Tadi,
Ain mengunjungi blog kawan
setahun lepas,
dia mengucap ulang tahun
tapi x mungkin pada tahun ini

setahun lepas,
ada tali persahabatan
tp sekarang seperti tidak lagi
mana silap ain
ain x perasan melukakan hati mereka

Ayah,
ain sedih
ain penat
ain sunyi
ain nak ikut ayah
bawak la ain sama2
ain sekarang adalah ain di benci
ain mintak maaf, ayah

:(

Friday, July 16, 2010

Tak Guna Pujuk Orang Yang Tak Penting!!

Ermmmmm...tajok nehhh..xtau la sesuai ke x aku letak tajuk ni..ayat ni..dari seseorang..bila aku dapat ayat ni malam tadi, terus aku terfikir sesuatu..Aku nak menyangkal apa yang kawan aku kasi tu..tapi aku rasa ayat tu boleh digunapakai and perlu di olah balik supaya ada kaitan dengan situasi aku..kalau kawan aku kasi, "tak guna pujuk orang yang tak penting"..tapi aku nak tukar sikit.."tak guna dipujuk orang yang tak penting"...yeahhhhh..tu ayatnyaaaaa...TAK GUNA DIPUJUK ORANG YANG TAK PENTING!!faham kan ayat ni??Aku x perlu pujuk orang..sebab bila orang dah x endahkan pujukan tu, bermaksud, aku ni dah x penting atau x membawa kepentingan di mata dia..YESSSS...aku dah fahammm...sekarang baru aku faham..kalau orang x suka dipujuk tu, dia memang x suka dengan kita sebenarnya..jadinya...aku x perlu terhegeh2..walaupun semua tu bukan salah aku..diam x semestinya bersalah..

Kalau ikut ayat kawan aku tu pulak..x guna pujuk orang yang x penting..dalam hidup aku, semua orang penting dalam hidup aku..rapat atau tak..aku berkawan kerana Allah ta'ala..bukan nak menyakitkan hati orang..jauh sekali nak bergaduh..selagi aku rasa aku perlu mintak maaf, aku boleh mohon maaf walau kesalahan tu dari pihak dia..tapi bila kemaafan aku di pandang sepi, aku x perlu fikir lagi..bahagian aku dah habis..selebihnya urusan dia dengan tuha..

Ya Tuhan, aku dah faham....Syukur Alhamdulillah...

Thursday, July 15, 2010

Syaaban masa perbaiki diri bagi menghadapi Ramadan

DARIPADA Aisyah, katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada Syaaban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang Arab pada bulan itu akan berhijrah ke tempat lain untuk mencari air sehingga ke gua-gua. Ada mengatakan, Syaaban tanda pemisah yang memisahkan Rejab dan Ramadan. Dapat disimpulkan, pengertian Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki Ramadan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan membersihkan jiwa.

Antara amalan digalakkan pada Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat. Kitab Durratun Nasihin ada menyebut Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit. (Dipetik daripada kitab Zubdatul Waizhin)

Bertaubat dan meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan al-Quran kerana malam itu adalah malam yang amat mustajab dan penuh dengan rahmat.

Sumber: BH online

Syaaban masa perbaiki diri bagi menghadapi Ramadan

DARIPADA Aisyah, katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada Syaaban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang Arab pada bulan itu akan berhijrah ke tempat lain untuk mencari air sehingga ke gua-gua. Ada mengatakan, Syaaban tanda pemisah yang memisahkan Rejab dan Ramadan. Dapat disimpulkan, pengertian Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki Ramadan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan membersihkan jiwa.

Antara amalan digalakkan pada Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat. Kitab Durratun Nasihin ada menyebut Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit. (Dipetik daripada kitab Zubdatul Waizhin)

Bertaubat dan meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan al-Quran kerana malam itu adalah malam yang amat mustajab dan penuh dengan rahmat.

Sumber: BH online

Syaaban masa perbaiki diri bagi menghadapi Ramadan

DARIPADA Aisyah, katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada Syaaban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang Arab pada bulan itu akan berhijrah ke tempat lain untuk mencari air sehingga ke gua-gua. Ada mengatakan, Syaaban tanda pemisah yang memisahkan Rejab dan Ramadan. Dapat disimpulkan, pengertian Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki Ramadan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan membersihkan jiwa.

Antara amalan digalakkan pada Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat. Kitab Durratun Nasihin ada menyebut Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit. (Dipetik daripada kitab Zubdatul Waizhin)

Bertaubat dan meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan al-Quran kerana malam itu adalah malam yang amat mustajab dan penuh dengan rahmat.

Sumber: BH online

Tuesday, July 13, 2010

TINGKATKAN IBADAH DI BULAN SYAABAN


Kini kita berada dalam bulan Syaaban. Bulan kelapan dalam taqwim Islam. Bulan yang penuh kemuliaan dan banyak kelebihan. Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah di bulan ini seperti ibadah puasa sunat. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang dilakukan dalam bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:

”Bulan Syaaban yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadah saya diangkat ketika saya berpuasa”
Justeru marilah kita perbanyakkan Syaaban ini dengan ibadah berikut:

1. Puasa sunat


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

” Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban” (hadis riwayat Bukhari)

Ia juga sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Melazimi perut dengan berlapar akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi Ramadhan agar tidak berlaku kejutan kepada sistem pemerosesan makanan dalam organ badan kita. Puasa ini dikira sebagai ”warm up” sebelum datangnya Ramadhan untuk kita menunaikan puasa wajib pula.

2. Mengkada puasa wajib

Puasa Ramadhan yang tertinggal tetap wajib diqada kepada setiap mukallaf. yang diberi keharusan berbuka seperti sakit, musafir, haid, nifas, hamil dan sebagainya. Saidatina Aisyah pernah memberi keterangan kepada Muazah al Adawiah yang bermaksud:

”Maka kita diperintahkan mengqada puasa (kerana kedatangan haid) tidak disuruh mengqada sembahyang yang tertinggal(semasa kedatangan haid)” (Hadis riwayat Muslim)

Perbuatan melengah-lengahkan qada tanpa uzur hingga datang Ramadhan berikutnya adalah berdosa dan diwajibkan ke atasnya qada dan membayar fidyah.Malah fidyah itu akan berganda setiap tahun apabila masih gagal mengqada puasa tersebut. Perlu diingat, puasa qada tidak akan luput dari tanggungjawab seseorang. Malah fidyahnya akan terus berganda selagi ia belum melunaskan puasa tersebut.

Alangkah meriahnya di meja makan ketika berbuka, isteri berbuka kerana puasa qadanya, manakala suami dan anak-anak berbuka kerana puasa sunat. Suasana Ramadhan telah dijelmakan di bulan Syaaban.

3. Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat atas Nabi

Amalan seperti berdoa, berzikir dan berselawat akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” (dipetik dari kitab Zubdatul Maizin)

Dalam kita membicarakan kelebihan bulan Syaaban, kita jangan melupai satu malam yang paling mustajab berdoa, malam pengampunan dan rahmat iaitu malam Nisfu Syaaban. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”dari Abi Musa Al asyari dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:Sesungguhnya rahmat Allah SWT datang pada malam nisfu Syaaban, lalu dia mengampunkan kesalahan kesemua makhluknya melainkan orang musyrik atau orang yangbermusuhan” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Itulah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, apabila kita mengadakan majlis bacaan yaasin sebanyak tiga kali dan memohon doa agar dipanjangkan usia, dijauhkan dari bala dan dimurahkan rezeki.

Kita juga jangan melupai satu sejarah agung yang tercipta pada 15 Syaaban yang memberi implikasi besar hingga hari ini. Allah telah memerintahkan Rasulullah agar mengadap Baitulahilharam di Mekah dalam solat sebagai ganti arah kiblat sebelum ini iaitu Baitul Maqdis.

Sepanjang mengadap kiblat ke Baitul Maqdis, Rasulullah sering mendapat ejekan dari orang yahudi yang mengatakan Rasulullah mengadap ke arah tempat suci mereka dan orang Islam tiada suatu tempat yang mulia untuk dihadapkan ketika mengerjakan ibadah. Rasulullah SAW sering dicemuh, diperlekeh, lalu baginda bermohon dan berdoa kepada Allah SWT agar dibenarkan mengadap ke arah Masjidil Haram yang sememangnya baginda cenderung ke arahnya. Lalu Allah Taala berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 144 yang bermaksud:

”Kerapkali kami melihat engkau(Wahai Muhammad) berulang-ulang mengadap ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap ke arah yang engkau sukai,oleh itu palingkan ke arah Masjidil Haram(tempat letak Kaabah) .

Suruhan mengadap ke arah Baitulahilharam sangat dinanti baginda agar kemuliaan Baitulhiharam tetap terpelihara yang menyambung risalah tauhid yang pernah dibawa oleh Nabi Ibrahim. Arah kiblat yang satu melambangkan simbol kesatuan umat yang padu dan menjadi pusat tumpuan dan perhimpunan sedunia ketika mengerjakan ibadah haji.

Oleh kerana bulan Syaaban datang hanya sekali dalam setahun, maka ambillah kesempatan untuk meningkatkan amal ibadah dalam usaha memperbaiki diri menuju ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT.




Disediakan oleh:

Bahagian Dakwah, JAIS

Monday, July 12, 2010

Sahabat

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..

Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi oleh Deen Islam

Allah telah berpesan
Innamal mu'minunal ikhwah
Sudah jelas pesanan
Kita semua bersaudara sedarah

Jadi sahabatku,
Bersahabatlah kerana Allah,
Kerana kau dan aku..
Hanyalah seorang `Abdullah..
`Abdullah itu, sahabatku
Tidak punya apa-apa,
Melainkan hanya satu,
Itulah Allah yang Esa.

Maafkanlah kesilapannya,
Kerana kau juga banyak silap,
Raikanlah kelebihannya
Dia raikan dirimu terlalu acap.

Berlapang dadalah sahabat.
Kerana itu serendah ukhwah
Berkorbanlah sahabat,
Kerana itu setinggi ukhuwwah.

Marilah sahabat,marilah teman
Kita pupuk persaudaraan bersama..
Persaudaraan kerana Ar Rahman
Supaya kita bersama ke syurga

Itulah setinggi harapan,
Bersama bersua di syurga indah
Moga doa dmakbulkan
Bertemu berpisah kerana Allah...

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Thursday, July 8, 2010

Syaaban Menyusul....

Salam untuk semua dan salam untuk diri ku sendiri.

Sedar tak sedar Rejab sudah di penghujung. 1 Syaaban 1431 Hijrah jatuh pada Selasa minggu depan bersamaan 13 Julai 2010. Ya Tuhan... Agak mengecewakan untuk diri aku sendiri. Aku hanya berpuasa selama 7 hari je walau sasaran ku 15 hari. Puasa pun bukan berniat untuk apa2 tetapi untuk mendekatkan diri aku pada-NYA..

PUASA..Puasa bagi aku memang sangat baik diamalkan..Fizikal, Mental..Aku sendiri, bila berpuasa secara automatik aku jadi lembut hati, xde fikir bukan2, x suka ambil tahu benda yang boleh mengguris hati aku, dan lepas kan semua perkara buruk, sentiasa menjadi positif.

Ibadat yang lain, aku x nak la bercerita. Nanti boleh timbul riak. Memadai, aku beritahu, aku cuba menambah serba sedikit amalan aku. Sekurang2nya, aku tidak lah meninggalkan terus.

Ya Allah, betul la, aku tenang mengingati Mu dari aku mengingati orang yang x mengingati aku. Sedar diri tidak dipeduli, baru aku berpatah balik kepada Mu. Malu sungguh bila baru mencari Mu di kala kedukaan menjelma. Terima kasih kawan2 kerana anda semua menemukan aku kepada DIA semula.

Ya Allah, jangan pesongkan hati aku dari terus mengingati Mu. Berikan lah aku kemudahan dalam semua urusan aku di dunia dan di akhirat. Jadikanlah hari2 ku penuh berbunga dan mewangi. Uji lah aku. Aku cuba harungi Qada' dan Qadar Mu.....

Aku, DIA dan SEMUA
Tidak layak lagi diri ini
Untuk mohon kemaafan
Kerana
Ia akan di pandang sepi
Di mata dia dan semua

Aku adalah pesalah
Aku adalah pengemis
Aku adalah 'annoying'
Aku itu, aku ini

Biarlah
Aku mengalah dengan kalian
kerana aku punyai DIA
Yang sentiasa bersama
Segala penat hati
Aku akan padamkan

Aku setia menjadi pengikut Nya
Sesungguhnya
ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Peristiwa Israk Mikraj perjalanan hebat Rasulullah

Israk dan Mikraj adalah dua perjalanan hebat sebagai anugerah dan kemuliaan kepada Baginda SAW dalam menyampaikan risalah Allah SWT. Ia juga satu mukjizat besar bagi junjungan Baginda SAW sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maha suci tuhan yang memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid Al-Haram (Makkah) ke Masjidil Al-Aqsa (Palestin) yang kami berkati sekelilingnya sebagai tanda kekuasaan kami. (Surah Al-Israk, ayat 1)

Kebanyakan ulama sepakat mengatakan peristiwa Israk dan Mikraj berlaku selepas Baginda SAW dilantik menjadi rasul dan berlaku dalam keadaan sedar bukan mimpi.

Ulama sejarah mempunyai pendapat berbeza dalam menentukan tahun, bulan serta malam yang tepat mengenai peristiwa hebat ini.

Sebagai seorang Muslim, kita percaya ada tujuan dan hikmah tertentu bagi Allah SWT kerana menyembunyikan tarikh itu seperti dirahsiakan bilakah malam lailatul qadar, masa mustajab doa pada hari Jumaat dan waktu mustajab doa pada setiap malam.

Antara pendapat ulama yang boleh diketengahkan:

Imam Nawawi dan Ibnu Abdul Barr berpendapat ia berlaku setahun sebelum hijrah berdasarkan hadis isteri Baginda SAW, Aisyah dan Ummu Hani yang menyebut peristiwa itu berlaku pada malam 17 Rabiulawal atau pada malam 27 Rejab.

Ibnul Jauzi berpendapat berlaku lapan bulan sebelum hijrah.

Rabi Bin Salim berpendapat berlakunya enam bulan sebelum hijrah.

Syekh Ibrahim Al-Harbi berpendapat berlakunya setahun 11 bulan sebelum hijrah dan disokong oleh Ibnul Munir dalam kitabnya Syarhus Sirah.

Berdasarkan apa yang dikeluarkan Imam At-Tabari dan Baihaqi, berlakunya Israk dan Mikraj pada Syawal atau Ramadan.

Berdasarkan riwayat Abi Saad dari Ibnu Abi Sirah peristiwa itu berlaku pada pada Ramadan 18 bulan sebelum hijrah.

Diceritakan oleh Ibnul Athir, Iyad dan Imam Qurtubi daripada Az-zuhri bahawa berlaku Israk dan Mikraj tiga tahun sebelum hijrah. (Kitab Israk dan Mikraj oleh Ibnu Hajar Asqalani, halaman 22), (Kitab Israk dan Mikraj oleh Dr Abi Syaibah, halaman 36).

Syeikh Ahmad Syakir dalam kitabnya berjudul Israk dan Mikraj menyebut bahawa Al-Hafiz Abd Ghani Ibnu Surur Al-Maqdisi menyebut dalam sirahnya bahawa ia berlaku pada malam 27 Rejab yang diguna pakai oleh rakyat Malaysia dan kebanyakan kaum Muslimin dewasa ini.

Perjalanan Baginda ke langit juga disebut Mikraj di mana Nabi SAW dipertemukan dengan semua anbiya berdasarkan kedudukan dan kemuliaan mereka di sisi Allah SWT.

Pada langit pertama Baginda bertemu Nabi Adam, langit kedua Baginda bertemu Nabi Isa dan Yahya, langit ketiga Nabi Yusuf.

Baginda SAW bertemu Nabi Idris (langit keempat), Nabi Harun (langit kelima), Nabi Musa (langit keenam) dan Nabi Ibrahim (langit ketujuh) sehinggalah ke sidratul muntaha di tempat yang tidak dapat dicapai makhluk selain Muhammad SAW (sepohon pokok yang dedaunnya lebar mengeluarkan bau harum).


(Sumber Tafsir al-Quran Al-Azim oleh Al-Hafiz Ibnu Kathir)
~Berita Harian Online

Sunday, June 13, 2010

Rejab Datang Lagi!!!!

Meh baca sikit pasal bulan rejab..

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:" Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].

Kedua: Bertaubat.
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab/Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Thursday, May 13, 2010

Cantik Semula Jadi

ALAM semula jadi sememangnya kaya dengan rahsia yang masih belum tersingkap. Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya adalah anugerah Maha Pencipta yang bukan saja enak dinikmati malah banyak khasiat di sebaliknya termasuk untuk kecantikan.

PISANG

Musa sapentium L

Pisang sememangnya kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit.

Resipi

*Sebiji pisang masak
*1 sudu madu
*1/2 sudu minyak jojoba
*1 sudu yogurt
*Putih telur
*1 sudu tanah liat putih


Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.

Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.
Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan. Resipi ini membantu melembut dan menganjalkan kulit.


YOGURT

Produk tenusu ini mengandungi bakteria ‘baik’. Ia boleh digunakan dalam rawatan melembapkan dan membersihkan kulit.

Resipi

*1/4 cawan yogurt
*3 sudu T Honey
*3 sudu puri labu atau
*3 sudu puri lobak merah


Kisar puri labu atau lobak merah (sama ada di dalam tin tanpa bahan pengawet) atau yang dimasak. Campurkan bersama yogurt dan madu. Manjakan seluruh tubuh dengan adunan tersebut dan berendam dalam air suam selama 20 minit, kemudian bilas.

TIMUN

Cucumis sativus

Sayuran ini terkenal kerana kelebihan bahan penyejuk dan astringen yang terdapat di dalamnya. Cuba beberapa hirisan timun untuk melegakan mata yang letih.
Cuba resipi ini untuk merawat rambut akibat klorin selepas berenang di kolam renang.


Resipi

*1 butir telur
*3 sudu minyak zaitun
*1/4 cawan timur yang telah dihancurkan.


Kisar telur, minyak zaitun dan timun. Ratakan campuran bahan tersebut pada rambut, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Untuk hasil yang memuaskan, amalkan resipi ini berterusan.

Lemon

Citrus limonum

Buah ini kaya dengan bahan penyegar dan anti-viral. Cuba buat sendiri semburan untuk rambut menggunakan lemon sebagai bahan asas.

Resipi

*1 biji lemon
*3 cawan air


Hiris lemon dan didihkan secara double boiler. Biarkan sehingga campuran bahan tinggal separuh. Tapis bahan tersebut dan masukkan ke dalam botol penyembur. Tambah setengah cawan air untuk mencairkan bahan tersebut jika perlu.

Semburkan cecair lemon kepada rambut apabila perlu. Oleh kerana ia lembut dan tidak mengandungi alkohol atau bahan kimia, cecair ini sesuai untuk kanak-kanak. Simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

krdt:utusan

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ini

hohoho...hari ni, 13 May 2010..
nampak tanda kebahagiaan aku..
segala rasa terurai hari ni..
aku dah malas pendam duka
fikir positif untuk hari ini dan akan datang

sejak hari tu,
bila perhitungan dibuat
xde lagi rasa sebal, marah, sakit hati
aku tempuhi dgn redha je
aku xmahu pendam marah lagi
aku mahu keadaan seperti dulu

suka
ketawa
gembira

:)

Thursday, May 6, 2010

Tentang Bulan

Tentang Bulan OST Tentang Bulan
Fatin Nur Afifah
Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

Buruk sangka amalan jahiliah boleh memutuskan silaturahim

DALAM dunia yang penuh tohmah dan buruk sangka ini, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Ada segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia sehingga umat Islam sering bermusuhan sesama sendiri, sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama di mata bukan Islam. Ia juga menjadi sebab umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah dan silaturahim berasaskan takwa malah merenggangkan persaudaraan. Sebagai penganut agama yang menganjurkan umatnya hidup rukun dan damai, kita dilarang melakukan perkara yang menjejas dan merosakkan hubungan baik sesama manusia.
Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

Allah mengingatkan kita, sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang. Ia juga menyebabkan timbul tuduhan berasas kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan serupa. Ini menambahkan lagi prasangka buruk sedia ada. Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan meluaskan penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan hak.

Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah, kita perlu menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik saja atau berdiam diri seperti sabda Rasulullah (diriwayatkan Iman Al-Bukhari) maksudnya: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.” Buruk sangka dengan hasrat mempengaruhi minda orang lain supaya turut membenci saudara seagama adalah perbuatan jahiliah kerana tamakkan dunia dan terlalu cintakan isinya yang menjadi bahan bakar neraka. Banyak yang boleh diteladani daripada kisah sahabat Rasulullah dan sejarah sehingga boleh menggadaikan negara dan agama akibat buruk sangka. Ini patut menjadi iktibar setiap umat Islam yang cintakan agama. Jika tidak kerana buruk sangka menjadi padah kepada umat Islam, mustahil Allah memperincikan betapa penting menyelidiki maklumat yang disampaikan seseorang kerana bimbang kita turut mempercayai dan menjadi penyampai kepada fitnah terhadap orang lain.
Allah mengingatkan kita dalam al-Quran (Surah Al Hujuraat: 6) bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya.” Kerana buruk sangka, menyebabkan putus silaturahim. Sebab itu, perpaduan umat Islam akan goyah malah menjadi laba kepada musuh yang sentiasa menantikan saat kehancuran manusia yang dibimbing dengan perintah dan larangan Allah. Satu demi satu keistimewaan umat Islam yang tiada bandingannya diselongkar dan dibinasakan dengan janji syurga di dunia mengakibatkan janji Allah mengenai hari pembalasan dipandang sebelah mata.
Perkataan dusta yang dibawa orang fasik pula dikitabkan menjadi rujukan utama. Untuk menjauhkan diri daripada terus melakukan fitnah terhadap setiap umat Muhammad, kita hendaklah membataskan prasangka buruk terhadap seseorang setakat dalam hati tanpa meluahkan atau memberitahu orang lain, apatah lagi meyakinkan orang lain supaya mempunyai perasaan serupa. Sebagai manusia, kita mempunyai kata hati yang lahir daripada pelbagai faktor dalaman diri sendiri yang boleh menerajui tindak tanduk kita seperti berprasangka.
Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” Justeru, prasangka yang boleh mendatangkan dosa wajib dijauhi jika kita sayangkan kehidupan sesudah mati. Sebaliknya, tukarkan buruk sangka dengan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat bersaudara kerana itulah asas sebuah kehidupan berkeluarga yang berpaksikan Adam dan Hawa.
krdt to:bharian

Wednesday, April 7, 2010

Tanpa Nama...????

siapakah kamu yg selalu masuk blog aku nehhh...
xpe la..tq la sudi follow blog yg non hado nehhh..hehehehe...
aku kebizian rini..so xdpt nk update bebanyak..esok2 k..tata..

Thursday, April 1, 2010

Ku Di Desa Tercinta

holla minna...aku skng kt kg..kt umah..cuti hr ni smpi senin...best ahh..heaven betul..
ekceli nk g bercuti neh..ngn epi, syikin n fatma..g ktn jeh..hahaha..tp ok la..sbb ssh nk dpt peluang cenggini..derang kn cekgu, so bnyk benda kena bt time cuti sekolah...tp aku no hal la..small matter jehh..sbb aku sng nk amik cuti (sng ke??blh la...)

kitorg nanti pegi bercuti kat kuantan..tmpt baru ok..korang (sape???hahahha..)mesti x pernah pergi lg tmpt ni..aku agak2 je la..nanti kitorg pergi tembeling beach resort..kawan aku cakap dekat2 ngn TC jeh...dok apartment...sbb baru, derang ada promotion, duduk 1 malam free 1 malam..so saving sgt la..hahaha..

tp yang dok pening dlm kepala otak aku nehh, kalau g ktn tu nak lepak mana ehhh..semua tmpt cm boring jehh..hbs2 aku nak mandi pantai..air terjun pancing ke, dh bawak baju lebih siap2..hahahha..xsabo den...

nk tgk wayang pn cm boring..boling??makan kt tngjung lumpur??makan ketuk ubi??mana lg mau pigi??lepak TC overmidnite pn mcm best jehhh...cuci mata gitu..

petang neh wiols bertolak kul 2-3 gitu..syikin amik aku kt umah, then terus g umah epi...budak 2 org tu lg la x nyabo kekdahnya...hahahha...excited dr last week lagi...tu la korg..aku ajak g pangkor xnk..aku leh setlekan semua2..korg siap2 duit jehhh..hahaha....

so, xtau lg apa aktiviti kitorg..aku mcm nak bawak lappy aku nehh..sebab epi nak layan semua dvd n segala benda pasal ss501...lagi plak aku bawak Hello Baby..ada SHINEE..epi msti suka..tgk la karang macam mana..hoyeeeee...

ermmmmm...td aku terperasan...ada sorg reply komen aku sebelum nehh..x sangka..ada org bukak blog aku nehhh..:nangis:...

siapakah gerangan itu??nad ke??epi ke??issk ke??sape ehh??tq sgt2 yer...

k la..nk masuk porum jap..nnt aku update ehh..insyaallah kalau berkesempatan..luvv myself so much...:winkkk:

Tuesday, March 23, 2010

Sendiri Lagi

xtau nak type apa..aku xde idea..

knp time aku sedih jeh baru aku teringat nk tgk blog aku neh..knp??wae??nande??

mungkin sbb aku xde tempat lain lagi nak lepak..porum??ym??fb? semua non hado..tension jehhh..:'(

oppss..tibe2 teringat..dh xde ke org nk sembur aku kat blog nehh..dh la uols..aku dh malas nk gado2..penat tauuu...

ok smbung balik...
smlm mc..pening dok berjemur time konsert suju tu kot...doc membebel suh iols rilek2 jehh..jgn dok stress, jgn dok tempat panas..eehhh..dia lak nk bebel..tension btl..pape pn aku kena gak makan obat tuh..kl x, xreda sakit kepala otak aku nehhh...nk kena keje bagai..x g keje nnt time dh hbs mc bertimbun la kije aku..huhhhhh...ojaaaa...jgn mengeluh...dugaan nehhh..tetiba jeh hati aku ckp gini nehhh..dh la mls nk tension..

nehhh...nak cter psl konsert super show II, super junior, live at stadium putra bukit jalil, kuala lumpur...best tau..rugi korg x pergi..(korg??aku ckp ngn sape nehh!!pd hal bebel sorg2 jehh)huhhh..lantakkk..tp kan mmg superb ahh..stage derang, lagu2 derang..yg plg best dh tentu la dernag...walau x dtg semua aku rs puas hati..sbb aku bru nak kenal2 suju nehhh..kira neh good intro la nehhh..aku terima seadanya..sbb artis malaysia cm aku x prnh tgk derang bt grand cm nehh..hehehe...miahne...:)

ada gmbo neh skt2..tp kabel hfon aku hilang..xleh nk trnsfer n upload...so korg g je la search sndiri...(korg!!!sape lagi yg baca blog aku nehh melainkan aku sorg)hahahhah..

aku suka wookie...comey...bertmbh comey dia skng...aku suka sgt,,suara dia best..bwk lagu imsomnia pn best..tp nyampah tgk pompuan yg nari ngn dia tuh...huhhhh...mcm cntek..(jeles sbnrnya..heheh). walau x bertemu 4 mata, tp aku dpt tgk dia kire ok la...kurus jehh..kecik molek..plak tu bila time dia pakai baju merah time nyanyi lagu chu tuh...ada tocang lagik...i likeeee...

haaa!!cek dh smpi...nnt la ckp sorg2...chowwwww

Thursday, January 28, 2010

Mana Hati

Sayu
Kaku
Mati

Celaru hati ini
Gusar jiwa
Sakit jasad
Kabur pandangan

Bila akan pergi ke sana?
Kenapa perlukan ujian hidup?
Jangannnn!!!
Jangan menidakkan ini!!
Allah sayang aku
Kerana itu DIA menguji


Tapi Ya Allah
Ke mana semua keindahan dulu?
Aku langsung tidak dapat merasai itu
Mana nak ku cari
Aku buntu
Aku sakit

Aku perlu balik kepadaNya
Beri aku masa mencari diri

Sayu
Kaku
Mati
~Oja~