Thursday, May 13, 2010

Cantik Semula Jadi

ALAM semula jadi sememangnya kaya dengan rahsia yang masih belum tersingkap. Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya adalah anugerah Maha Pencipta yang bukan saja enak dinikmati malah banyak khasiat di sebaliknya termasuk untuk kecantikan.

PISANG

Musa sapentium L

Pisang sememangnya kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit.

Resipi

*Sebiji pisang masak
*1 sudu madu
*1/2 sudu minyak jojoba
*1 sudu yogurt
*Putih telur
*1 sudu tanah liat putih


Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.

Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.
Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan. Resipi ini membantu melembut dan menganjalkan kulit.


YOGURT

Produk tenusu ini mengandungi bakteria ‘baik’. Ia boleh digunakan dalam rawatan melembapkan dan membersihkan kulit.

Resipi

*1/4 cawan yogurt
*3 sudu T Honey
*3 sudu puri labu atau
*3 sudu puri lobak merah


Kisar puri labu atau lobak merah (sama ada di dalam tin tanpa bahan pengawet) atau yang dimasak. Campurkan bersama yogurt dan madu. Manjakan seluruh tubuh dengan adunan tersebut dan berendam dalam air suam selama 20 minit, kemudian bilas.

TIMUN

Cucumis sativus

Sayuran ini terkenal kerana kelebihan bahan penyejuk dan astringen yang terdapat di dalamnya. Cuba beberapa hirisan timun untuk melegakan mata yang letih.
Cuba resipi ini untuk merawat rambut akibat klorin selepas berenang di kolam renang.


Resipi

*1 butir telur
*3 sudu minyak zaitun
*1/4 cawan timur yang telah dihancurkan.


Kisar telur, minyak zaitun dan timun. Ratakan campuran bahan tersebut pada rambut, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Untuk hasil yang memuaskan, amalkan resipi ini berterusan.

Lemon

Citrus limonum

Buah ini kaya dengan bahan penyegar dan anti-viral. Cuba buat sendiri semburan untuk rambut menggunakan lemon sebagai bahan asas.

Resipi

*1 biji lemon
*3 cawan air


Hiris lemon dan didihkan secara double boiler. Biarkan sehingga campuran bahan tinggal separuh. Tapis bahan tersebut dan masukkan ke dalam botol penyembur. Tambah setengah cawan air untuk mencairkan bahan tersebut jika perlu.

Semburkan cecair lemon kepada rambut apabila perlu. Oleh kerana ia lembut dan tidak mengandungi alkohol atau bahan kimia, cecair ini sesuai untuk kanak-kanak. Simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

krdt:utusan

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ini

hohoho...hari ni, 13 May 2010..
nampak tanda kebahagiaan aku..
segala rasa terurai hari ni..
aku dah malas pendam duka
fikir positif untuk hari ini dan akan datang

sejak hari tu,
bila perhitungan dibuat
xde lagi rasa sebal, marah, sakit hati
aku tempuhi dgn redha je
aku xmahu pendam marah lagi
aku mahu keadaan seperti dulu

suka
ketawa
gembira

:)

Thursday, May 6, 2010

Tentang Bulan

Tentang Bulan OST Tentang Bulan
Fatin Nur Afifah
Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

Buruk sangka amalan jahiliah boleh memutuskan silaturahim

DALAM dunia yang penuh tohmah dan buruk sangka ini, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Ada segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia sehingga umat Islam sering bermusuhan sesama sendiri, sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama di mata bukan Islam. Ia juga menjadi sebab umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah dan silaturahim berasaskan takwa malah merenggangkan persaudaraan. Sebagai penganut agama yang menganjurkan umatnya hidup rukun dan damai, kita dilarang melakukan perkara yang menjejas dan merosakkan hubungan baik sesama manusia.
Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

Allah mengingatkan kita, sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang. Ia juga menyebabkan timbul tuduhan berasas kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan serupa. Ini menambahkan lagi prasangka buruk sedia ada. Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan meluaskan penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan hak.

Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah, kita perlu menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik saja atau berdiam diri seperti sabda Rasulullah (diriwayatkan Iman Al-Bukhari) maksudnya: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.” Buruk sangka dengan hasrat mempengaruhi minda orang lain supaya turut membenci saudara seagama adalah perbuatan jahiliah kerana tamakkan dunia dan terlalu cintakan isinya yang menjadi bahan bakar neraka. Banyak yang boleh diteladani daripada kisah sahabat Rasulullah dan sejarah sehingga boleh menggadaikan negara dan agama akibat buruk sangka. Ini patut menjadi iktibar setiap umat Islam yang cintakan agama. Jika tidak kerana buruk sangka menjadi padah kepada umat Islam, mustahil Allah memperincikan betapa penting menyelidiki maklumat yang disampaikan seseorang kerana bimbang kita turut mempercayai dan menjadi penyampai kepada fitnah terhadap orang lain.
Allah mengingatkan kita dalam al-Quran (Surah Al Hujuraat: 6) bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya.” Kerana buruk sangka, menyebabkan putus silaturahim. Sebab itu, perpaduan umat Islam akan goyah malah menjadi laba kepada musuh yang sentiasa menantikan saat kehancuran manusia yang dibimbing dengan perintah dan larangan Allah. Satu demi satu keistimewaan umat Islam yang tiada bandingannya diselongkar dan dibinasakan dengan janji syurga di dunia mengakibatkan janji Allah mengenai hari pembalasan dipandang sebelah mata.
Perkataan dusta yang dibawa orang fasik pula dikitabkan menjadi rujukan utama. Untuk menjauhkan diri daripada terus melakukan fitnah terhadap setiap umat Muhammad, kita hendaklah membataskan prasangka buruk terhadap seseorang setakat dalam hati tanpa meluahkan atau memberitahu orang lain, apatah lagi meyakinkan orang lain supaya mempunyai perasaan serupa. Sebagai manusia, kita mempunyai kata hati yang lahir daripada pelbagai faktor dalaman diri sendiri yang boleh menerajui tindak tanduk kita seperti berprasangka.
Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” Justeru, prasangka yang boleh mendatangkan dosa wajib dijauhi jika kita sayangkan kehidupan sesudah mati. Sebaliknya, tukarkan buruk sangka dengan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat bersaudara kerana itulah asas sebuah kehidupan berkeluarga yang berpaksikan Adam dan Hawa.
krdt to:bharian