Thursday, July 8, 2010

Syaaban Menyusul....

Salam untuk semua dan salam untuk diri ku sendiri.

Sedar tak sedar Rejab sudah di penghujung. 1 Syaaban 1431 Hijrah jatuh pada Selasa minggu depan bersamaan 13 Julai 2010. Ya Tuhan... Agak mengecewakan untuk diri aku sendiri. Aku hanya berpuasa selama 7 hari je walau sasaran ku 15 hari. Puasa pun bukan berniat untuk apa2 tetapi untuk mendekatkan diri aku pada-NYA..

PUASA..Puasa bagi aku memang sangat baik diamalkan..Fizikal, Mental..Aku sendiri, bila berpuasa secara automatik aku jadi lembut hati, xde fikir bukan2, x suka ambil tahu benda yang boleh mengguris hati aku, dan lepas kan semua perkara buruk, sentiasa menjadi positif.

Ibadat yang lain, aku x nak la bercerita. Nanti boleh timbul riak. Memadai, aku beritahu, aku cuba menambah serba sedikit amalan aku. Sekurang2nya, aku tidak lah meninggalkan terus.

Ya Allah, betul la, aku tenang mengingati Mu dari aku mengingati orang yang x mengingati aku. Sedar diri tidak dipeduli, baru aku berpatah balik kepada Mu. Malu sungguh bila baru mencari Mu di kala kedukaan menjelma. Terima kasih kawan2 kerana anda semua menemukan aku kepada DIA semula.

Ya Allah, jangan pesongkan hati aku dari terus mengingati Mu. Berikan lah aku kemudahan dalam semua urusan aku di dunia dan di akhirat. Jadikanlah hari2 ku penuh berbunga dan mewangi. Uji lah aku. Aku cuba harungi Qada' dan Qadar Mu.....

Aku, DIA dan SEMUA
Tidak layak lagi diri ini
Untuk mohon kemaafan
Kerana
Ia akan di pandang sepi
Di mata dia dan semua

Aku adalah pesalah
Aku adalah pengemis
Aku adalah 'annoying'
Aku itu, aku ini

Biarlah
Aku mengalah dengan kalian
kerana aku punyai DIA
Yang sentiasa bersama
Segala penat hati
Aku akan padamkan

Aku setia menjadi pengikut Nya
Sesungguhnya
ALLAH MAHA MENGETAHUI...

No comments: