Wednesday, July 29, 2009

TeRpAngGiL aKu...

aku amik ni dari post ZA..ma fav artist..veri da menambat hati every words yg dia post kt blog dia..i like..


"......Terus aku teringat akan kata - kata guru aku sewaktu aku masih sedang belajar dulu,

"Kalau kita nak tahu keburukkan kita, kita tanya musuh kita, bukan tanya kawan" - Nam Ron, skrip Naturalisasi.

Cuma aku tak menganggap Miz_S sebagai musuh, tetapi dia cuma salah seorang pembaca yang tidak sependapat. Itu sahaja.

Ada betulnya tulisan dia. Aku terima.

Jadi kawan - kawan yang kita suka, kita berhentilah mengutuk atau mengata orang yang tidak sependapat dengan kita ya?

Kita tak perlu terlalu defensif,
kita tak perlu menghina orang lain,
kita tak perlu mengata mereka.
hanya kerana mereka tidak sependapat.

Kalau kita terus provoke, maka perkara ini takkan kemana. Dan aku percaya juga, segelintir mereka di forum tempatan itu bukannya orang jahat, mereka juga sama seperti kita, manusia. Cuma mereka punya sedikit kemarahan yang perlu dilepaskan. Kita biar mereka lepaskan ya? Mereka juga punya hak bersuara.

Yang penting, kita hormat pekerjaan manusia lain.

Ini negara, semua orang boleh bersuara!

Aman sahaja lah semua!

Yeah!!"

bila difikirkan ada betulnya semua ni..buat apa nak berbalah demi hanya ego dan kepuasan sendiri..berdamai sahaja..
aku x tujukan kepada sesiapa sama ada di reality or cyber..
tp ini ku tujukan utk diri ku jua...

No comments: