Wednesday, July 29, 2009

terpaku memandang

Aku terpaksa hidangkan telingaku dengan lagu - lagu indah,
Agar jiwaku tenang yang tak henti bergetar,
tiap kali namamu ku bisikkan,
Aku bayangkan,
Aku gambarkan.

Oh, kamu yang seseorang,
Juga sesuatu.
Melodi ini mengangkat aku ke ruang imaginasi,
Yang indah tapi parah.
Melambung, melayang.
Semata untuk bayang matamu.

Sial, cantik sepasang itu!

Kau bawa rasa,
Yang terdiam untuk menemukan jawapan,
Memberhentikan otot seluruh,
kerana kagum dengan parasmu, watakmu.

Perbualan kita,
mengikat gambaran,
mewujudkan persoalan,
mendamaikan perasaan,
memberi senyuman.

Oh gemuruh,
bumi ini pemisahan,
bahasa ini pemisahan,
geografi ini pemisahan.

Mustahil,
aku di bumi sini,
jatuh hati,
terpaku memerhati.
Terima kasih kerana mengirimi.
Yang tinggal hanya teknologi ini.

Tuhan hanya menemukan.
Aku tak jumpa jawapan.
Bertenanglah sekarang!



1.47 a.m
26 Mei 2009
Malaysia memandang France
Betik di Cannes
~ZAblog~

dongakkan realiti

Ruang infiniti terapung ini indah.
menghanyutkan aku ke dalamnya.

Merewang halus tanpa pukulan.

Sejuk.
Bahagia.
Seorang.

Biarkan aku di sini terusnya,
bersama denting piano,
melodi Sigur Ros,
melayang - layang.
Kerana aku tidak selesa,
mengadap kesetiaan,
realiti itu puki.
Bukan milik sesiapa.

Aku bosan mengadap material.
Yang harus, terpaksa mungkin.

Dongakkannya,
Agar aku boleh jack tekaknya.
Menghentikan terus mematikan.
Dan kita boleh terus berada,
di dalam ruang infiniti terapung,
milik sendiri.

2.28 a.m
31 Mei 2009
kepala sendiri
~ZAblog~

TeRpAngGiL aKu...

aku amik ni dari post ZA..ma fav artist..veri da menambat hati every words yg dia post kt blog dia..i like..


"......Terus aku teringat akan kata - kata guru aku sewaktu aku masih sedang belajar dulu,

"Kalau kita nak tahu keburukkan kita, kita tanya musuh kita, bukan tanya kawan" - Nam Ron, skrip Naturalisasi.

Cuma aku tak menganggap Miz_S sebagai musuh, tetapi dia cuma salah seorang pembaca yang tidak sependapat. Itu sahaja.

Ada betulnya tulisan dia. Aku terima.

Jadi kawan - kawan yang kita suka, kita berhentilah mengutuk atau mengata orang yang tidak sependapat dengan kita ya?

Kita tak perlu terlalu defensif,
kita tak perlu menghina orang lain,
kita tak perlu mengata mereka.
hanya kerana mereka tidak sependapat.

Kalau kita terus provoke, maka perkara ini takkan kemana. Dan aku percaya juga, segelintir mereka di forum tempatan itu bukannya orang jahat, mereka juga sama seperti kita, manusia. Cuma mereka punya sedikit kemarahan yang perlu dilepaskan. Kita biar mereka lepaskan ya? Mereka juga punya hak bersuara.

Yang penting, kita hormat pekerjaan manusia lain.

Ini negara, semua orang boleh bersuara!

Aman sahaja lah semua!

Yeah!!"

bila difikirkan ada betulnya semua ni..buat apa nak berbalah demi hanya ego dan kepuasan sendiri..berdamai sahaja..
aku x tujukan kepada sesiapa sama ada di reality or cyber..
tp ini ku tujukan utk diri ku jua...

TepEk LagU lAgi....

Assalamualaikum uols...
aku kekeringan idea..xtau nak taruk apa..tp kali ni aku letak lagu je la ekk..
aku tepek instrumental...best woo...dgr tauuu...

Instrumental
Love story - Bethoven
My Baby You - Marc Anthony
What i've done - LP

Lagu x Instrumental...
Nurkasih - yasin
Kotak Hati - hujan


Tu je la dulu...nanti2 aku rajin aku update lagi...Peace..salam..

:)

Thursday, July 2, 2009